Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Sabtu, 28 Februari 2009

Mutiara Kata

mutiara kata


(DENGAN NAMA ALLAH YANG
MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG)


SABAR ITU SEPARUH IMAN,

PERGAULI DENGAN KEDUA IBUBAPA KAMU DENGAN
PERGAULAN YANG BAIK (HORMAT DAN IHSAN)

SESIAPA YANG MENYERAHKAN DIRINYA KEPADA ALLAH
SEDANGKAN DIA BERBUAT BAIK, MAKA SESUNGGUHNYA
DIA TELAH BERPEGANG KEPADA TALI ALLAH YANG KUKUH.

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGANIAYAI MANUSIA,
TETAPI MANUSIA SENDIRI MENGANIAYAI DIRINYA SENDIRI.

HIDUP INI BIARLAH SEIMBANG, AGAMA DENGAN DUNIA,
IBADAT DENGAN AMALANNYA, ILMU DENGAN AKHLAK,
JASMANI DENGAN ROHANI DAN AKAL DENGAN HATI

POHONLAH KEPADA ALLAH DAN HENDAKLAH KAMU
PENUH YAKIN DOAMU ITU DIPERKENANKANNYA

HAI ORANG YANG BERIMAN,
JADIKANLAH SABAR DAN SEMBAHYANG SEBAGAI PENOLONGMU.
SESUNGGUHNYA ALLAH BERSERTA ORANG YANG SABAR -
MAKSUD AL-QURAN (AL-BAQARAH)

JANGAN KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG YANG BERLAKU ZALIM,
NANTI KAMU DISAMBAR API NERAKA -
MAKSUD SURAH HUD: AYAT 113.

BUDI PEKERTI YANG BAIK IALAH JIKA ENGKAU
MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM KEPADA
ORANG YANG MEMUTUSKAN PERSAHABATAN DENGANMU -
MAKSUD HADITH RASULULLAH S.A.W.

KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD,
BERAMALLAH KAMU MAKA DILIHAT OLEH ALLAH AMALAN KAMU,
RASULNYA DAN ORANG-ORANG MUKMIN.
(AL-QURAN)

KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD)
PERHATIKANLAH DAN FIKIRKANLAH,
APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI -
(AL-QURAN) -SURAH YUNUS.

ALLAH MENGHENDAKI KAMU BEROLEH KEMUDAHAN
DAN DIA TIDAK MENGHENDAKI KAMU MENANGGUNG
KESUSAHAN.
(AL-QURAN) - SURAH AL-BAQARAH - AYAT 185.

SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG YANG
BERJUANG PADA JALANNYA (UNTUK MEMBELA AGAMA)
DALAM SATU BARISAN YANG
KUKUH SEOLAH-OLAH SEBUAH BANGUNAN YANG KUKUH.
(AL-QURAN)-SURAH ASH SHAFF-AYAT 4.

DAN TANAH YANG BAIK, TANAM-TANAMAN (DENGAN SUBUR)
DENGAN IZIN ALLAH, TETAPI TANAH YANG TIDAK BAIK, TUMBUH-TUMBUHAN TIDAK TUMBUH DALAM KEADAAN
BAIK. BEGITULAH KAMI MENJELASKAN KETERANGAN
AYAT ITU UNTUK KAUM YANG BERSYUKUR.
(AL-QURAN)-SURAH AL A'RAAF-AYAT 58.

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!
PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGA KAMU
DARI (DICAMPAKKAN) KE DALAM API NERAKA
YANG BAHAN BAKARNYA TERDIRI DARI MANUSIA
DAN BATU-BATU.
(AL-QURAN)-SURAH AT-TAHRIIM-AYAT 6.

BARANGSIAPA YANG MENYERUPAI (MENIRU) SATU-SATU
KAUM MAKA DIA TERMASUK DI KALANGAN KAUM TERSEBUT.
(MAKSUD HADITH)

DAN BARANGSIAPA YANG TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM-
HUKUM YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH S.W.T.
MAKA MEREKA ITU ADALAH ORANG-ORANG YANG ZALIM.
(AL-QURAN)-SURAH AL MAAIDAH-AYAT 47.

SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENGASIHI MEREKA
YANG BERTAUBAT DAN JUGA AMAT MENGASIHI MEREKA YANG MENYUCIKAN DIRI.
(AL-QURAN) -SURAH AL BAQARAH- AYAT 222.

DAN TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA ITU
MELAINKAN SUPAYA MEREKA MENGABDIKAN DIRI KEPADAKU.
(AL-QURAN)-SURAH ADZ-DZAARIYAAT-AYAT 56.

MAKA HENDAKLAH KAMU TANYA ORANG-ORANG YANG BERILMU SEKIRANYA KAMU TIDAK MENGETAHUI.
(AL-QURAN)-SURAH AL ANBIYAA'-AYAT 7.

SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU
SURI TELADAN YANG BAIK BAGIMU (IAITU) BAGI
ORANG YANG MENGHARAP (RAHMAT) ALLAH
DAN (KEDATANGAN) HARI KIAMAT DAN DIA
BANYAK MENYEBUT ALLAH.
(AL-QURAN)-SURAH AL AHZAB-AYAT 21.

DAN SIAPA YANG DISESATKAN ALLAH MAKA TIDAK ADA BAGINYA SEORANG PEMIMPIN PUN SESUDAH ITU. DAN KAMU AKAN MELIHAT ORANG-ORANG YANG ZALIM KETIKA MEREKA MELIHAT AZAB BERKATA: "ADAKAH KIRANYA JALAN UNTUK KEMBALI KE DUNIA?".
(AL-QURAN)-SURAH ASY SYUURA-AYAT 44.

PATUHILAH SERUAN TUHANMU SEBELUM DATANG DARI
ALLAH SUATU HARI YANG TIDAK DAPAT DITOLAK KEDATANGANNYA.
KAMU TIDAK MEMPEROLEH TEMPAT BERLINDUNG
PADA HARI ITU DAN TIDAK (PULA) DAPAT MENGINGKARI
(D0SA-DOSAMU).
(AL-QURAN)-SURAH ASY SYUURA-AYAT 47.

ANDA TIDAK DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEMUA
ORANG DENGAN HARTA BENDA. OLEH ITU GEMBIRAKANLAH
MEREKA DENGAN SENYUMAN BERSERI DAN IKHLAS LUHUR
(MAKSUD HADITH)

ORANG YANG BANYAK BERKATA, AKAN BANYAK SILAP
DAN ORANG YANG BANYAK SILAP AKAN BANYAK DOSA DAN
ORANG YANG BANYAK DOSA IALAH NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA.
(MAKSUD HADITH)

KAHWINILAH ANDA WANITA YANG PENYAYANG DAN PERAMAH
DAN SALING MEMBERI HADIAHLAH AGAR KASIH SAYANG
KAMU BERTAMBAH.
(MAKSUD HADITH)

TIDAK SEDIKIT NEGERI YANG KAMI BINASAKAN
KERANA IA ZALIM, MAKA RUNTUHLAH IA DAN DEMIKIAN
PULA KAMI BINASAKAN TELAGA YANG DITINGGALKAN
SERTA MAHLIGAI YANG TINGGI
(SURAH AL HAJJ - AYAT 45)

DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH
KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT DAN JANGANLAH
KAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DAN
BERBUAT BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA
ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KAMU. DAN
JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI
KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI
ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KERUSAKAN.
(SURAH AL QASHASH - AYAT 77)

BACALAH APA YANG TELAH DIWAHYUKAN KEPADAMU,
IAITU AL KITAB (AL QURAN) DAN DIRIKANLAH
SEMBAHYANG. SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU
MENCEGAH DARI PERBUATAN-PERBUATAN YANG
KEJI DAN MUNGKAR. DAN SESUNGGUHNYA MENGINGATI
ALLAH (SEMBAHYANG) ADALAH LEBIH BESAR
(KEUTAMAANNYA DARI IBADAT-IBADAT YANG LAIN)
DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.
(SURAH AL`ANKABUUT - AYAT 45)

SESIAPA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
SECARA SENGAJA, MAKA TERANGLAH KUFURNYA.
(MAKSUD HADITH)

SAYA TINGGALKAN UNTUK KAMU DUA PERKARA,
KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMA KAMU
BERPEGANG TEGUH DENGAN KEDUA-DUANYA,
IAITU KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA.
(MAKSUD HADITH)

LANGIT DAN BUMI INI MILIK ALLAH DAN ALLAH
KUASA DI ATAS SEGALA SESUATU. SESUNGGUHNYA
TENTANG KEJADIAN LANGIT DAN BUMI DAN
PENGGANTIAN MALAM DAN SIANG ADALAH MENJADI
KETERANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENGERTI.
ORANG-ORANG YANG MENGINGAT ALLAH KETIKA
BERDIRI DAN DUDUK DAN KETIKA BERBARING
DAN MEREKA MEMIKIRKAN TENTANG KEJADIAN
LANGIT DAN BUMI SAMBIL BERKATA: WAHAI
TUHAN KAMI TIADALAH ENGKAU MENJADIKAN
INI DENGAN SIA-SIA. MAHA SUCI ENGKAU, MAKA
PELIHARALAH KAMI DARI SIKSA NERAKA.
(MAKSUD SURAH ALI'MRAN)

DAN ALLAH MENYEDIAKAN BAGI KAMU SEGALA APA
YANG DI LANGIT DAN APA YANG DI BUMI SEMUANYA.
SESUNGGUHNYA DEMIKIAN ITU MENJADI BUKITI KEKUASAAN
ALLAH BAGI MEREKA MEMIKIRNYA.
(MAKSUD AL-QURAN)

DAN AKU TIDAK CIPTAKAN MANUSIA DAN JIN
MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU. AKU
TIDAK HENDAK MEMINTA REZEKI DARIPADA
MEREKA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU PEMBERI REZEKI,
KUAT DAN TEGUH.
(MAKSUD SURAH ADZ DZAARIYAAT - AYAT 56 - 58)

AKAN KAMI PERLIHATKAN KEPADA MEREKA KELAK
BUKTI-BUKTI KEBENARAN KAMI DI SEGENAP PENJURU -
DUNIA - INI DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI
SEHINGGA JELASLAH KEPADA MEREKA BAHAWA
AL-QURAN ITU ADALAH BENAR.
(MAKSUD SURAH FUSHSHILAT - AYAT 53)

HAI MANUSIA! SESUNGGUHNY KAMI JADIKAN DARI
SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN. DAN KAMI JADIKAN
KAMU BERBANGSA-BANGSA, SUPAYA KAMU SALING
KENAL MENGENAL. SESUNGGUHNYA SEMULIA-MULIA
KAMU DI SISI ALLAH IALAH YANG BERTAKWA. SESUNGGUHNYA
ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENAL.
(MAKSUD SURAH AL HUJURAAT - AYAT 13)

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA
ITU DALAM KEADAAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN
KAMI KEMBALIKAN DIA DALAM DARJAT YANG PALING
RENDAH KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN
DAN BERAMAL SOLEH. MAKA BAGI MEREKA
GANJARARAN YANG TIDAK TERHINGGA.
(MAKSUD SURAH AT THIIN - AYAT 4 - 6)

MELAMPAU, MELAMPAU. TIDAK ADA KELEBIHAN
KETURUNAN KULIT PUTIH DARI KETURUNAN
KULIT HITAM KECUALI DENGAN AMAL YANG BAIK.
(MAKSUD HADITH)

DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MULIAKAN
ANAK ADAM DAN TELAH KAMI TEMPATKAN MEREKA
DI DARAT DAN DI LAUT. DAN KAMI KURNIAKAN REZEKI
DARI BENDA YANG BAIK-BAIK KEPADA MEREKA.
DAN TELAH KAMI LEBIHKAN MEREKA DENGAN
SESUNGGUHNYA DARI KEBANYAKAN MAKHLUK
YANG TELAH KAMI JADIKAN.
(MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 70)

KETAHUILAH BAHAWA SUNGGUHNYA WALI-WALI
ALLAH ITU MEREKA TIDAK MERASAI TAKUT DAN
TIDAK PULA MERASAI SUSAH. MEREKA ADALAH
ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN
SENTIASA BERTAKWA KEPADA ALLAH.
(MAKSUD SURAH YUNUS - AYAT 62 - 63)

APABILA MANUSIA ITU DITIMPA BAHAYA DIA MENYERU
KEPADA TUHANNYA, MAHU KEMBALI KEPADANYA.
TETAPI APABILA TUHAN MEMBERI KURNIA
KEPADANYA, LUPA APA YANG DIA SERU SEBELUM
ITU, LALU DIJADIKAN BAGI ALLAH SEKUTU UNTUK
MENYESATKAN ORANG LAIN DARI JALAN ALLAH.
KATAKANLAH: BERGEMBIRALAH DENGAN KEKUFURAN
KAMU ITU SEJENAK, SESUNGGUHNA KAMU DARI AHLI NERAKA.
(MAKSUD SURAH AZ ZUMAR AYAT 8)

DAN APABILA KAMU DITIMPA BAHAYA DI LAUTAN,
HILANGLAH DARI INGATAN KAMU APA YANG TELAH
KAMU SEMBAH MELAINKAN ALLAH, TETAPI SETELAH
KAMU DISELAMATKAN KE DARATAN TERUS KAMU
BERPALING TADAH. DAN ADALAH MANUSIA ITU
TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH.
(MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 67)

SEMUA KAMU ADALAH CUCU ADAM, ADAM
DIJADIKAN DARI TANAH.
(MAKSUD HADITH)

SEKIRANYA ADA DI BUMI DAN DI LANGIT TUHAN
SELAIN ALLAH NESCAYA KEDUA-DUANYA AKAN BINASA.
MAKA MAHA SUCI ALLAH YANG MEMPUNYAI
`ARSY DARIPADA APA YANG MEREKA SIFATKAN.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' - AYAT 22)

REBUTLAH LIMA MASA SEBELUM TIBA LIMA MASA,
MASA MUDAMU SEBELUM TUA, MASA SIHATMU
SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM
FAKIR, MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN
MASA HIDUP SEBELUM MATI.
(MAKSUD HADITH)

SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH
IALAH ISLAM.
(MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 19)

SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN DARIPADA
ISLAM, MAKA TIDAK DITERIMA DARIPADANYA
DAN DIA DI AKHIRAT TERMASUK ORANG-ORANG
YANG RUGI.
(MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 85)

HARI INI AKU SEMPURNAKAN BAGI KAMU AGAMA KAMU
DAN TELAH AKU CUKUPKAN NIKMATKU DAN REDHA
ISLAM MENJADI AGAMA KAMU.
(MAKSUD SURAH AL-MAA-IDAH - AYAT 3)

TELAH LAHIR KERUSAKAN DI DARAT DAN DI LAUT
DISEBABKAN KERANA PERBUATAN TANGAN MANUSIA
SENDIRI SEHINGGA ALLAH MERASAKAN KEPADA
MEREKA SEBAHAGIAN DARIPADA AKIBAT
PERBUATAN MEREKA AGAR MEREKA
KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.
(MAKSUD SURAH AR RUUM - AYAT 41)

DAN MEREKA AKAN BERTANYA KEPADAMU
HAKIKAT ROH, KATAKANLAH ROH ITU
URUSAN TUHAN KU DAN KAMU TIDAK
DIBERI PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT.
(MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 85)

SESUNGGUHNYA KIAMAT PASTI AKAN BERLAKU,
YANG AKU SENGAJA SEMBUNYIKAN MASA
DATANGNYA SUPAYA SETIAP MANUSIA DIBALAS
DENGAN APA DIUSAHAKAN.
(MAKSUD SURAH THAAHAA - AYAT 15)

SESUNGGUHNYA KIAMAT ITU PASTI TERJADI, TIDAK
ADA KERAGUAN PADANYA DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA
ALLAH AKAN BANGKITKAN ORANG-ORANG YANG DI KUBUR.
(MAKSUD SURAH AL-HAJJ - AYAT 7)

KATAKANLAH WAHAI MANUSIA BAHAWA SAYA
ADALAH UTUSAN ALLAH KEPADA KAMU SEMUA YANG
MEMILIKI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI, TIDAK
ADA TUHAN SELAIN DARIPADA DIA YANG
MENGHIDUP DAN MEMATIKAN. KERANA ITU BERIMANLAH
DENGAN ALLAH DAN KITAB-KITABNYA DAN IKUTILAH
DIA MUDAH-MUDAHAN KAMU BEROLEH PETUNJUK.
(MAKSUD SURAH AL A'RAAF - AYAT 158)

SEGALA AMALAN ADALAH DENGAN NIAT DAN UNTUK
SESEORANG ITU APA YANG DINIATKANNYA. SIAPA
YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH DAN RASULNYA.
MAKA HIJRAHNYA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
SIAPA YANG HIJRAH UNTUK MENDAPAT DUNIA
ATAU MENGAHWINI PEREMPUAN, MAKA
HIJRAHNYA JUGA SEMATA-MATA KEPADA
APA DIA BERHIJRAH.
(MAKSUD HADITH)

SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI JIWA
RAGA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN HARTA
MEREKA DENGAN MEMBAYARNYA DENGAN SYURGA.
MAKA BERSEDIALAH MEREKA ITU MATI DI MEDAN
PERANG KERANA MEMPERTAHANKAN HAK
ATAU KEBENARAN ALLAH SEBAGAIMANA YANG
DIJANJI DI DALAM KITAB-KITAB TAURAT, INJIL DAN
AL-QURAN. SIAPAKAH YANG LEBIH MENEPATI JANJI
DARIPADA ALLAH. SEBAB ITU BERGEMBIRALAH
DENGAN JUAL BELI YANG TELAH KAMU LAKUKAN ITU,
DAN ITULAH KEJAYAAN YANG BESAR.
(MAKSUD SURAH AT TAUBAH - AYAT 111)

DAN BELANJANJAKANLAH (HARTA BENDAMU)
PADA JALAN ALLAH, DAN JANGAN JATUHKAN DIRIMU
KE DALAM KEBINASAAN. DAN BERBUAT BAIKLAH
KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI
ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK.
(MAKSUD SURAH AL BAQARAH - AYAT 195)

DUA SUARA YANG DIKUTUK ALLAH DI DUNIA
DAN DI AKHIRAT, IAITU BERNYANYI-NYANYI
KETIKA MENDAPAT NIKMAT DAN MENJERIT-JERIT
KETIKA MENDAPAT MAKSIAT.
(MAKSUD HADITH)

BARANGSIAPA YANG KAFIR SESUDAH BERIMAN
(TIDAK MENERIMA HUKUM-HUKUM ISLAM) MAKA
HAPUS AMALANNYA DAN DI AKHIRAT NANTI
DIA TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI.
(MAKSUD SURAH AL MAA-IDAH - AYAT 5)

KAMI TELAH CIPTAKAN MANUSIA DAN KAMI
TAHU APA YANG DIBISIKKAN HATINYA. KAMI
LEBIH HAMPIR KEPADANYA DARI
URAT LEHERNYA.
(MAKSUD AYAT AL-QURAN)

DIMANA SAHAJA KAMU BERADA, KAMU TETAP AKAN
DIDATANGI KEMATIAN WALAUPUN KAMU BERADA
DI DALAM BENTENG YANG TINGGI LAGI KUKUH.
(MAKSUD SURAH AN NISAA'AYAT 78)

BUDI PEKERTI YANG BAIK IALAH JIKA ENGKAU
MEMAAFKAN ORANG YANG MENGANIAYAI ENGKAU.
(MAKSUD HADITH)

HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, TAATILAH
ALLAH DAN TAATILAH RASULNYA DAN ULIL AMRI
DIANTARA KAMU. KEMUDIAN JIKA KAMU BERLAINAN
PENDAPAT TENTANG SESUATU, MAKA KEMBALIKANLAH
KEPADA ALLAH (AL-QURAN) DAN RASULNYA (SUNNAHNYA),
JIKA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN
HARI KEMUDIAN. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH UTAMA
(BAGIMU) DAN LEBIH BAIK AKIBATNYA.
(MAKSUD SURAH AN NISAA'AYAT 59)

ORANG YANG TIDAK MAHU KAHWIN KERANA
TAKUT MISKIN, BUKANLAH DARI UMATKU.
(MAKSUD HADITH)

YANG MEMBERI SYAFAAT PADA HARI KIAMAT
ADALAH TIGA GULUNGAN IAITU:
PARA NABI, PARA ULAMA' DAN PARA SYUHADA'
(MAKSUD HADITH)

TELAH DEKAT KEPADA MANUSIA HARI MENGHISAB
SEGALA AMALAN MEREKA, SEDABG MEREKA BERADA
DALAM KELALAIAN LAGI BERPALING (DARIPADANYA).
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 1)

BERKATALAH MUHAMMAD (KEPADA MEREKA):
"TUHANKU MENGETAHUI SEMUA PERKATAAN DI LANGIT
DAN DI BUMI DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR
LAGI MAHA MENGETAHUI".
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 4)

DAN TIDAKLAH KAMI JADIKAN MEREKA TUBUH-TUBUH
YANG TIADA MEMAKAN MAKANAN, DAN TIDAK (PULA)
MEREKA ITU ORANG-ORANG YANG KEKAL.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 8)

SEBENARNYA KAMI MELONTARKAN YANG HAK
KEPADA YANG BATIL LALU YANG HAK ITU
MENGHANCURKANYA, MAKA DENGAN SERTA
MERTA YANG BATIL ITU LENYAP. DAN KECELAKAANLAH
BAGIMU DISEBABKAN KAMU MENSIFATI (ALLAH DENGAN
SIFAT-SIFAT YANG TIDAK LAYAK BAGINYA)
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 18)

DAN KEPUNYAANNYALAH SEGALA YANG DI LANGIT
DAN DI BUMI. DAN MALAIKAT-MALAIKAT YANG DI SISINYA,
MEREKA TIADA MEMPUNYAI RASA ANGKUH UNTUK
MENYEMBAHNYA DAN TIADA (PULA) MERASA LETIH.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 19)

MEREKA SELALU BERTASBIH MALAM DAN SIANG
TIADA HENTI-HENTINYA.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 20)

DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SEORANG RASUL PUN
SEBELUM KAMU, MELAINKAN KAMI WAHYUKAN
KEPADANYA: "BAHAWASANYA TIDAK ADA TUHAN
(YANG HAK) MELAINKAN AKU. MAKA SEMBAHLAH
OLEHMU SEKALIAN AKAN AKU".
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 27)

KATAKANLAH: "HAI MANUSIA SESUNGGUHNYA AKU
ADALAH UTUSAN ALLAH KEPADAMU SEMUA, IAITU
ALLAH YANG MEMPUNYAI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI;
TIDAK ADA TUHAN (YANG BERHAK DISEMBAH) SELAIN DIA
YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN, MAKA BERIMANLAH
KAMU KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, NABI YANG UMMI
YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN KEPADA KALIMAT-
KALIMATNYA (KITAB-KITABNYA) DAN IKUTILAH DIA,
SUPAYA KAMU MENDAPAT PETUNJUK".
(MAKSUD SURAH AL A'RAAF AYAT 158)

DAN BARANGSIAPA DI ANTARA MEREKA MENGATAKAN
"SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TUHAN SELAIN DARIPADA
ALLAH". MAKA ORANG ITU KAMI BERI BALASAN DENGAN
JAHANNAM, DEMIKIAN KAMI MEMBERIKAN PEMBALASAN
KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 29)

DAN APAKAH ORANG-ORANG YANG KAFIR TIDAK
MENGETAHUI BAHAWASANYA LANGIT DAN BUMI
ITU KEDUANYA DAHULU ADALAH SUATU YANG PADU
KEMUDIAN KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUANYA. DAN
DARI AIR KAMI JADIKAN SEGALA SESUATU YANG HIDUP.
MAKA MENGAPAKAH MEREKA TIADA JUA BERIMAN?.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 30)

DAN TELAH KAMI JADIKAN DI BUMI INI GUNUNG-
GANANG YANG KUKUH SUPAYA BUMI ITU (TIDAK)
GONCANG BERSAMA MEREKA, DAN TELAH KAMI
JADIKAN (PULA) DI BUMI ITU JALAN-JALAN YANG LUAS,
AGAR MEREKA MENDAPAT PETUNJUK.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 31)

DAN KAMI MENJADIKAN LANGIT ITU SEBAGAI ATAP
ATAP YANG TERPELIHARA, SEDANG MEREKA BERPALING
DARI SEGALA TANDA-TANDA (KEKUASAAN ALLAH)
YANG TERDAPAT PADANYA.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 32)

DAN DIALAH YANG TELAH MENCIPTAKAN MALAM
DAN SIANG, MATAHARI DAN BULAN. MASING-MASING
DARI KEDUANYA ITU BEREDAR DI DALAM GARIS EDARNYA.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 33)

KAMI TIDAK MENJADIKAN HIDUP ABADI BAGI SEORANG
MANUSIA PUN SEBELUM KAMU (MUHAMMAD), MAKA
JIKALAU KAMU MATI, APAKAH MEREKA AKAN KEKAL.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 34)

TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASAKAN MATI.
KAMI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN KEBURUKAN DAN
KEBAIKAN SEBAGAI COBAAN (YANG SEBENAR-BENARNYA).
DAN HANYA KEPADA KAMILAH KAMU DIKEMBALIKAN.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 35)

SUDAH DATANGKAH KEPADAMU BERITA (TENTANG)
HARI PEMBALASAN? BANYAK MUKA HARI ITU TUNDUK
TERHINA. BEKERJA KERAS LAGI KEPAYAHAN. MEMASUKI
API YANG SANGAT PANAS (NERAKA). DIBERI MINUM (DENGAN
AIR) DARI SUMBER YANG SANGAT PANAS. MEREKA TIADA
MEMPEROLEH MAKANAN SELAIN DARI POHON YANG BERDURI
YANG TIDAK MENGGEMUKKAN DAN TIDAK PULA
MENGHILANG LAPAR.
(MAKSUD SURAH AL GHAASYIYAH AYAT 1 - 7 )

BANYAK MUKA PADA HARI ITU BERSERI-SERI. MERASA
SENANG KERANA USAHANYA. DALAM SYURGA YANG
TINGGI. TIDAK KAMU DENGAR DI DALAMNYA PERKATAAN
YANG TIDAK BERGUNA. DI DALAMNYA ADA TAKHTA-TAKHTA
YANG DITINGGIKAN. DAN GELAS-GELAS YANG TERLETAK
(DI DEKATNYA). DAN BANTAL-BANTAL SANDARAN YANG
TERSUSUN. DAN PERMAIDANI-PERMAIDANI YANG TERHAMPAR.
(MAKSUD SURAH AL GHAASYIYAH AYAT 8 - 16 )

APABILA LANGIT TERBELAH. DAN PATUH KEPADA TUHANNYA,
DAN SUDAH SEMESTINYA LANGIT ITU PATUH. DAN APABILA
BUMI DIRATAKAN. DAN MEMUNTAHKAN APA YANG ADA
DI DALAMNYA DAN MENJADI KOSONG. DAN PATUH KEPADA
TUHANNYA DAN SUDAH SEMESTINYA BUMI ITU PATUH, (PADA
WAKTU ITU MANUSIA AKAN MENGETAHUI AKIBAT
PERBUATANNYA). HAI MANUSIA, SESUNGGUHNYA KAMU TELAH
BEKERJA DENGAN SUNGUH-SUNGGUH MENUJU TUHANMU, MAKA
PASTI KAMU AKAN MENEMUINYA. ADAPUN ORANG YANG
DIBERIKAN KITABNYA DARI SEBELAH KANANNYA. MAKA DIA
AKAN DIPERIKSA DENGAN PEMERIKSAAN YANG MUDAH.
DAN DIA AKAN KEMBALI KEPADA KAUMNYA (YANG SAMA-
SAMA BERIMAN) DENGAN GEMBIRA.
(MAKSUD SURAH AL INSYIQAAQ AYAT 1 - 9 )

ADA PUN ORANG YANG DIBERIKAN KITABNYA DARI
BELAKANG, MAKA DIA AKAN BERTERIAK: "CELAKALAH AKU".
DAN DIA AKAN MASUK KE DALAM API YANG MENYALA-NYALA
(NERAKA). SESUNGGUHNYA DIA DAHULU (DI DUNIA) BERGEMBIRA
DI KALANGAN KAUMNYA (YANG SAMA-SAMA KAFIR).
SESUNGGUHNYA DIA YAKIN BAHAWA DIA SEKALI-SEKALI
TIDAK AKAN KEMBALI (KEPADA TUHANNYA). (BUKAN DEMIKIAN),
YANG BENAR, SESUNGGUHNYA TUHANNYA SELALU MELIHATNYA.
(MAKSUD SURAH AL INSYIQAAQ AYAT 10 - 15)

DEMI MALAM APABILA MENUTUPI CAHAYA (CAHAYA SIANG).
DAN SIANG APABILA TERANG BENDERANG. DAN PENCIPTAAN
LELAKI DAN PEREMPUAN. SESUNGGUHNYA USAHA KAMU
MEMANG BERBEZA-BEZA. ADAPUN ORANG YANG MEMBERIKAN
(HARTANYA DI JALAN ALLAH) DAN BERTAKWA. DAN MEMBENARKAN
ADANYA PAHALA YANG TERBAIK (SYURGA). MAKA KAMI KELAK
AKAN MENYIAPKAN BAGINYA JALAN YANG MUDAH.
(MAKSUD SURAH AL LAIL (MALAM) AYAT 1 - 7)

DAN ADA PUN ORANG-ORANG YANG BAKHIL DAN MERASA
DIRINYA CUKUP. SERTA MENDUSTAKAN PAHALA YANG
TERBAIK. MAKA KELAK KAMI AKAN MENYIAPKAN BAGINYA
(JALAN) YANG SUKAR. DAN HARTANYA TIDAK BERMANAFAAT
BAGINYA APABILA IA TELAH BINASA. SESUNGGUHNYA KEWAJIBAN
KAMILAH MEMBERI PETUNJUK. DAN SESUNGGUHNYA KEPUNYAAN
KAMILAH AKHIRAT DAN DUNIA.
(MAKSUD SURAH AL LAIL (MALAM) AYAT 8 - 13)

MAKA, KAMILAH MEMPERINGATKAN KAMU DENGAN
NERAKA YANG MENYALA-NYALA. TIDAK ADA YANG MASUK
KE DALAMNYA KECUALI ORANG YANG PALING CELAKA.
YANG MENDUSTAKAN (KEBENARAN) DAN BERPALING (DARI IMAN).
DAN KELAK AKAN DIJAUHKAN ORANG YANG PALING TAKWA
DARI NERAKA ITU. YANG MENAFKAHKAN HARTANYA (DI JALAN
ALLAH) UNTUK MEMBERSIHKANNYA. PADA HAL TIDAK ADA
SEORANG PUN MEMBERIKAN SUATU NIKMAT KEPADANYA
YANG HARUS DIBALASNYA. TETAPI (DIA MEMBERIKAN ITU
SEMATA-MATA) KERANA MENCARI KEREDHAAN TUHANNYA
YANG MAHA TINGGI. DAN KELAK DIA BENAR-BENAR
MENDAPAT KEPUASAN.
(MAKSUD SURAH AL LAIL (MALAM) AYAT 14 - 21)

ORANG YANG BERAT DAN RINGAN TIMBANGAN PERBUATANNYA
DI HARI KIAMAT.


HARI KIAMAT. APAKAH HARI KIAMAT ITU? TAHUKAH KAMU
APAKAH HARI KIAMAT ITU? PADA HARI ITU MANUSIA
SEPERTI ANAI-ANAI YANG BERTEBARAN, DAN GUNUNG-
GUNUNG SEPERTI BULU YANG DIHAMBUR-HAMBURKAN,
DAN ADAPUN ORANG Y ANG BERAT TIMBANGAN
(KEBAIKAN)NYA, MAKA DIA BERADA DALAM KEHIDUPAN
YANG MEMUASKAN. DAN ADAPUN ORANG-ORANG YANG
RINGAN TIMBANGAN (KEBAIKAN)NYA, MAKA TEMPAT
KEMBALINYA ADALAH NERAKA HAWIYAH. DAN TAHUKAH
KAMU APAKAH NERAKA HAWIYAH ITU? (IAITU) API YANG
SANGAT PANAS.
(MAKSUD SURAH AL QAARI'AH (HARI KIAMAT) AYAT 1 - 11)

(SURAH AT TAKAATSUUR)ANCAMAN ALLAH TERHADAP
ORANG YANG LALAI DAN BERMEGAH-MEGAH. KEINGINAN
MANUSIA UNTUK BERMEGAH-MEGAHAN DALAM SOAL
DUNIAWI, SERING MELALALAIKAN MANUSIA DARI TUJUAN
HIDUPNYA. DIA BARU MENYEDARI KESALAHANNYA ITU
SETELAH MAUT MENDATANGINYA; MANUSIA AKAN DITANYA
DI AKHIRAT TENTANG NIKMAT YANG DIBANGGA-BANGGAKAN ITU.
SURAH INI MENGEMUKAKAN CELAAN DAN ANCAMAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERMEGAH-MEGAHAN DENGAN APA YANG
DIPEROLEHNYA DAN TIDAK MEMBELANJAKANNYA DI JALAN ALLAH.
MEREKA PASTI DIAZAB DAN PASTI AKAN DITANYA TENTANG APA
YANG DIMEGAH-MEGAHKANNYA ITU.

BERMEGAH-MEGAHAN TELAH MELALAIKAN KAMU (BERMEGAH-
MEGAHAN DALAM SOAL BANYAK ANAK, HARTA, PENGIKUT
KEMULIAAN DAN SEUMPAMANYA TELAH MELALAIKAN
KAMU DARI KETAATAN). SAMPAI KAMU MASUK KE DALAM
KUBUR. JANGANLAH BEGITU, KELAK KAMU AKAN MENGETAHUI
(AKIBAT PERBUATAN ITU). DAN JANGANLAH BEGITU. KELAK
KAMU AKAN MENGETAHUI, JANGANLAH BEGITU, JIKA KAMU
MENGETAHUI DENGAN PENGETAHUAN YANG YAKIN, NESCAYA
KAMU BENAR-BENAR AKAN MELIHAT NERAKA JAHIIM. DAN
SESUNGGUHNYA KAMU BENAR-BENAR AKAN MELIHATNYA
DENGAN AINUL YAQIN (MELIHAT DENGAN MATA KEPALA
SENDIRI SEHINGGA MENIMBULKAN KEYAKINAN YANG KUAT.
KEMUDIAN KAMU PASTI AKAN DITANYAI PADA HARI ITU
TENTANG KENIKMATAN (YANG KAMU MEGAH-MEGAHKAN
DI DUNIA ITU).
(MAKSUD SURAH AT TAKAATSUR (BERMEGAH-MEGAHAN) AYAT 1 - 8)

(SURAH AL `ASHR)AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA'ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI.

DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR
BERADA DALAM KERUGIAN, KECUALI ORANG-ORANG YANG
BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN NASIHAT
MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN
NASIHAT-MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN.
(MAKSUD SURAH AL `ASHR (MASA) AYAT 1 - 3)

SOLAT(SEMBAHYANG) DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR
KEPADA NIKMAT ALLAH.

SESUNNGUHNYA KAMI TELAH MEMBERIKAN KEPADAMU
NIKMAT YANG BANYAK. MAKA DIRIKANLAH SOLAT KERANA
TUHANMU DAN BERKORBANLAH (MENYEMBELIH HAIWAN
KORBAN SEBAGAI IBADAH DAN MENSYUKURI NIKMAT ALLAH)
SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMBENCI KAMU
DIALAH ORANG-ORANG YANG TERPUTUS (TERPUTUS DARI
RAHMAT ALLAH).
(MAKSUD SURAH AL KAUTSAR (NIKMAT YANG BANYAK) AYAT 1 - 3)

TIDAK ADA TOLERANSI DALAM HAL KEIMANAN
DAN PERIBADATAN. (SURAH AL KAAFIRUUN MENGISYARATKAN
TENTANG HABISNYA SEMUA HARAPAN ORANG-ORANG KAFIR
DALAM USAHA MEREKA AGAR NABI MUHAMMAD S.A.W.
MENINGGALKAN DAKWAHNYA).

KATAKANLAH: "HAI ORANG-ORANG YANG KAFIR,
AKU TIDAK AKAN MENYEMBAH APA YANG KAMU
SEMBAH. DAN KAMU BUKAN MENYEMBAH PENYEMBAH
TUHAN YANG AKU SEMBAH. DAN AKU TIDAK PERNAH
MENJADI PENYEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH. DAN
KAMU TIDAK PERNAH (PULA) MENJADI PENYEMBAH
TUHAN YANG AKU SEMBAH. UNTUKMULAH AGAMAMU,
DAN UNTUKKULAH, AGAMAKU".
(MAKSUD SURAH AL KAAFIRUUN (ORANG-ORANG YANG KAFIR) AYAT 1 - 6)

(SURAH AN NASHR) (PERTOLONGAN) PERTOLONGAN DAN
KEMENANGAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH MAKA PUJILAH
DIA. JANJI BAHAWA PERTOLONGAN ALLAH AKAN DATANG
DAN ISLAM AKAN MENDAPAT KEMENANGAN; PERINTAH
DARI TUHAN AGAR BERTASBIH MEMUJINYA DAN MINTA
AMPUN KEPADANYA DI KALA TERJADI PERISTIWA YANG
MENGGEMBIRAKAN. SURAH INI MENGISYARATKAN
BAHAWA TUGAS NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBAGAI RASUL
TELAH MENDEKATI AKHIRNYA.

APABILA TELAH DATANG PERTOLONGAN ALLAH DAN
KEMENANGAN. DAN KAMU LIHAT MANUSIA MASUK
AGAMA ALLAH DENGAN BERBONDONG-BONDONG, MAKA
BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI TUHANMU DAN MOHONLAH
AMPUN KEPADA-NYA. SESUNGGUHNYA DIA ADALAH
MAHA PENERIMA TAUBAT.
(MAKSUD SURAH AN NASHR (PERTOLONGAN) AYAT 1 - 3)

Please Give Us Your 1 Minute In Sharing This Post!
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →
Powered By: M. Yusuf Mubarok

0 komentar: